Selasa, 15 Oktober 2019 | 10:35pm
ARGO Yuwono

Indonesia tingkat keselamatan menjelang pelantikan presiden

JAKARTA: Indonesia bakal mengerahkan lebih 30,000 polis dan tentera dalam memastikan keselamatan ketika majlis angkat sumpah Presiden Joko Widodo (Jokowi) Ahad ini dan tidak membenarkan sebarang perhimpunan sepanjang tempoh itu, kata polis, hari ini.

Jurucakap polis Jakarta, Argo Yuwono berkata, keputusan untuk tidak mengeluarkan kebenaran perhimpunan itu bertujuan ‘menjaga martabat negara’ kerana majlis pelantikan itu akan dihadiri oleh ramai pemimpin asing.

Sejak percubaan mengancam nyawa Menteri Keselamatan, Wiranto, pihak berkuasa bertindak meningkatkan keselamatan untuk semua pegawai kerajaan.

Polis berkata semalam, mereka sudah menahan 22 suspek militan di beberapa tempat sebagai sebahagian daripada langkah mencegah serangan oleh unit anti-keganasan.

Sementara itu, jurucakap polis kebangsaan Dedi, Prasetyo dalam kenyataan berasingan berkata, dua anggota yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) yang merancang serangan bom nekad di bandar Solo dan Yogyakarta.

Menurut Dedi, rancangan itu tidak mempunyai kaitan dengan majlis pelantikan presiden. - Reuters

Berita Harian X