Jumaat, 8 November 2019 | 6:24pm
Penularan wabak demam selesema babi Afrika di utara wilayah Sumatera, Indonesia dikesan hasil ujian makmal yang dilakukan. - Foto Reuters

Indonesia lapor kes pertama demam selesema babi Afrika

JAKARTA: Penularan wabak demam selesema babi Afrika di utara wilayah Sumatera, Indonesia dikesan hasil ujian makmal yang dilakukan susulan ribuan babi mati di kawasan terbabit minggu ini, kata pegawai kementerian pertanian, hari ini.

Pegawai wilayah berkata pada Rabu lalu, lebih daripada 4,000 ekor babi mati selepas penularan wabak selesema babi yang juga dikenali sebagai ‘hog cholera’.

“Gejala klinikal dan hasil ujian makmal menunjukkan ia adalah demam selesema Afrika, tetapi terdapat juga contoh yang menunjukkan ia positif ‘hog cholera’,” kata pengarah kesihatan haiwan, kementerian pertanian, Fadjar Sumping Tjatur Rassa kepada Reuters.

Menurut seorang pegawai tempatan, demam selesema babi mula dikesan pada September di daerah Dairi.

Fadjar tidak dapat menentukan berapa banyak babi akan mati disebabkan penularan wabak demam selesema babi (ASF) itu.

“Kebimbangan terhadap ASF adalah kerugian ekonomi kerana penularan wabak sangat pantas dan kadar kematian sangat tinggi,” kata Fadjar sambil menambah kenapa kedua-dua demam selesema babi dan ASF tidak menjangkiti manusia.

Katanya, kerajaan sudah melaksanakan langkah-langkah keselamatan bio di kawasan yang terjejas dengan memerintahkan pihak berkuasa untuk segera menguburkan bangkai babi dan membasmi kawasan untuk mencegah virus tersebar.

Produk babi dari kawasan yang terjejas tidak dapat dipasarkan ke tempat lain.

Rakaman video menunjukkan pegawai daripada pihak berkuasa di Sumatera Utara mengumpul bangkai babi yang dibuang ke sungai minggu ini dengan bot untuk dikebumikan.

Timor Timur yang berkongsi pulau dengan wilayah Nusa Tenggara Timur Indonesia, melaporkan pada September bahawa terdapat 100 wabak ASF yang sudah mengorbankan 405 babi. - Reuters

Berita Harian X