Isnin, 11 November 2019 | 1:26pm
KEM Sokha (kanan) bersama Eva Nguyen Binh.

Pembangkang Kemboja, Kem Sokha jumpa duta Perancis

PHNOM PENH: Pemimpin pembangkang Kemboja, Kem Sokha hari ini bertemu dengan duta Perancis sebaik dibebaskan dari tahanan rumah selama lebih dua tahun.

Beliau bagaimanapun masih didakwa atas tuduhan membelot dan dilarang menyertai sebarang aktiviti politik serta meninggalkan negara ini.

Sokha menyambut ketibaan Duta Eva Nguyen Binh di luar kediamannya sebelum diiring masuk untuk meneruskan perbincangan.

Hukuman tahanan rumah ke atasnya ditarik balik ketika Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan manfaat perdagangan susulan operasi membendung pengkhianat oleh pemimpin Kemboja, Hun Sen. - Reuters

Berita Harian X