Selasa, 12 November 2019 | 6:40pm
Mahkamah wilayah Chantaburi di mana insiden tembakan berlaku. -Foto AFP

3 maut, bekas pegawai polis lepas tembakan dalam mahkamah

BANGKOK: Seorang bekas anggota polis membunuh dua orang dalam sebuah mahkamah Thailand sebelum ditembak mati pihak berkuasa selepas melepaskan tembakan ke arah dua plaintif dan peguam mereka yang menuduhnya membuat dakwaan palsu dan memberi keterangan palsu, kata polis hari ini.

Insiden tembakan itu berlaku di sebuah mahkamah di wilayah Chanthaburi di timur ibu kota ini. Mangsa termasuk seorang daripada plaintif dan seorang peguam, kata jurucakap Mahkamah Keadilan dalam satu kenyataan.

Bekas pegawai polis terbabit dikenali sebagai Tharin Chantharathip, dan individu yang menuduhnya dipenjara selama beberapa tahun atas beberapa pertelingkahan termasuk satu tuntutan sivil berkaitan tanah dan kes jenayah lain, kata jurucakap, Suriya Hongwilai.

Polis Diraja Thailand dan penyiasat di luar mahkamah wilayah Chantaburi selepas insiden tembakan hari ini. -Foto AFP

“Apabila hakim meninggalkan kamar mahkamah, defendan melakukan tindakan mengejutkan,” kata Suriya.

Pada Oktober lalu, seorang hakim di selatan Thailand menembak dirinya dalam mahkamah selepas memberi keputusan tidak bersalah dalam kes lima suspek beragama Islam didakwa membunuh. -Reuters

Berita Harian X