JAKARTA: Beberapa anggota polis cedera dalam serangan pengebom nekad di ibu pejabat polis di Medan pada jam 8.40 pagi (waktu tempatan) tadi.
Jurucakap polis Sumatera Utara, Tatan Dirsan Atmaja, ketika dihubungi Reuters menerusi telefon berkata, suspek yang juga pengebom nekad itu turut mati di lokasi kejadian.
Beberapa rangkaian televisyen tempatan turut menyiarkan rakaman orang ramai berlari menyelamatkan diri dari bangunan yang terletak di sekitar ibu pejabat polis berkenaan. - Reuters