Khamis, 14 November 2019 | 12:48pm
- Foto KOMPAS

7 terbunuh dua bas bertembung di Indonesia

BANDUNG: Tujuh terbunuh apabila dua bas penumpang bertembung di jalan raya bertol yang sibuk di Indonesia hari ini, kata pihak berkuasa.

Kemalangan maut itu, yang turut menyebabkan 16 cedera, sebahagiannya serius, berlaku sejurus selepas tengah malam di laluan di Jawa Barat yang menghubungkan ia dengan Jakarta.

Seorang pemandu bas hilang kawalan, menyebabkan ia terbabas sebelum merempuh satu lagi bas dari arah bertentangan, menyebabkan tujuh termasuk pemandunya maut dan lebih 12 lagi cedera, menurut jurucakap polis Jawa Barat, Trunoyudo Wisnu Andiko.

Pemandu bas yang hilang kawalan itu mengalami kecederaan, tetapi tiada seorang pun penumpangnya cedera, katanya.

Punca kemalangan belum diketahui. — AFP

Berita Harian X