Isnin, 2 Disember 2019 | 6:43pm

12,000 penduduk Islam Indonesia anjur perhimpunan aman

JAKARTA: Kira-kira 12,000 penduduk Islam Indonesia terdiri daripada beberapa kumpulan konservatif mengadakan perhimpunan aman di tengah Jakarta hari ini.

Perhimpunan diadakan selepas peningkatan ketegangan agama semasa pilihan raya April lalu.

Antara penganjur protes itu ialah pergerakan Alumni 212, sebuah kumpulan di sebalik perhimpunan besar-besaran yang diadakan pada 2016, menuntut tindakan terhadap bekas gabenor Jakarta beragama Kristian, Basuki Tjahaja Purnam atau Ahok yang dipenjarakan kerana menghina agama Islam.

Penunjuk perasaan memakai pakaian putih dan membawa bendera mula berkumpul untuk bersolat di Monumen Nasional (Monas) dari jam 3 pagi dengan dikawal 6,000 pasukan keselamatan termasuk polis dan tentera.

“Mesej utama perhimpunan ini menyatakan bahawa Indonesia memerlukan penyatuan sehingga boleh melupakan perbezaan dan perselisihan yang berlaku pada masa dulu,” kata jurucakap Alumni 212, Haikal Hassan.

Walau bagaimanapun katanya, pihak berkuasa secara tidak adil kerana menyasarkan beberapa ulama di republik itu.

“Kami mahu Indonesia menegakkan keadilan. Kami menyifatkan bahawa tidak ada keadilan,” katanya.- Reuters.

Berita Harian X