Isnin, 2 Disember 2019 | 10:15pm
Pesawat AirAsia terbang melintasi beberapa papan tanda gergasi di Manila, Filipina, menjelang ketibaan Taufan Kammuri. Foto EPA

Lapangan Terbang Antarabangsa Manila ditutup

MANILA: Pihak berkuasa mengumumkan bahawa operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Manila akan digantung buat sementara esok, sebagai langkah keselamatan susulan Taufan Kammuri.

“Syarikat penerbangan dan pihak berkuasa (Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila) mengambil keputusan menutup lapangan terbang.

Berdasarkan anggaran kami, ia akan ditutup mulai 11 pagi (waktu tempatan) hingga jam 11 malam (waktu tempatan) esok,” kata pengurus besarnya, Ed Monreal kepada wartawan, hari ini. - AFP

Berita Harian X