Selasa, 3 Disember 2019 | 7:50pm
Lokasi kejadian.

Tentera Myanmar bunuh seorang wanita dan dua bayi

YANGON: Serangan tentera Myanmar ke atas negeri Rakhine hari ini menyebabkan seorang wanita dan dua bayi terbunuh, menurut penduduk dan ahli politik tempatan di bandar Mrauk U, lokasi pasukan keselamatan yang berperang menentang kumpulan etnik militan.

Difahamkan dua jurucakap tentera tidak menjawab panggilan telefon oleh Reuters untuk memberikan sebarang komen, sementara seorang jurucakap Tentera Arakan menyalahkan tentera menyerang orang awam kerana tiada pertempuran membabitkan tenteranya di Mrauk U.

Ahli politik tempatan, Tun Aung Kyaw memberitahu Reuters, dua wanita hamil cedera dan wanita yang terbunuh dalam serangan itu mempunyai tiga orang anak.

“Kerajaan mesti memberikan keutamaan kepada keselamatan orang awam serta merta dan mengawal pasukan keselamatan mereka,” katanya.

Sebelum pertempuran berlaku baru-baru ini, Mrauk U adalah destinasi popular dikalangan pelancong antarabangsa yang datang untuk menyaksikan kuil purba.

Ketika ini, penduduk kampung tinggal di kem berhampiran kuil terbabit dan di bandar pula, segelintir keluarga tidur dalam kubu diperbuat daripada beg pasir untuk melindungi diserang dan ditembak.

“Ia berlaku di kawasan awam di bandar Mrauk U dan juga berhampiran pagoda purba,” kata Zaw Htun, seorang guru tempatan.-Reuters.

Berita Harian X