Jumaat, 14 Februari 2020 | 7:20pm

Shell minta beberapa kakitangan Singapura bekerja dari rumah

SINGAPURA: Shell hari ini berkata, ia telah mengenal pasti seorang pekerjanya di pejabat utama Singapura yang dijangkiti COVID-19 dan telah menasihati kakitangan lain yang rapat dengannya supaya bekerja dari rumah.

Firma itu tidak menyatakan berapa ramai kakitangan yang telah dijangkiti di pejabatnya di bangunan Metropolis.

"Shell boleh mengesahkan bahawa pekerja yang bekerja di The Metropolis dan telah dikenal pasti sebagai mempunyai hubungan rapat dengan kes COVID-19 diuji positif pagi ini," kata seorang jurucakap firma itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.

"Rakan-rakan yang berhubungan rapat dengannya telah dinasihatkan supaya bekerja dari rumah dengan segera sehingga notis lanjut," kata jurucakap itu.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X