Sabtu, 15 Februari 2020 | 1:35pm
ORANG ramai memakai topeng muka ketika ditemui di Bangkok. - Foto Reuters

Thailand cecah 34 kes COVID-19

BANGKOK: Thailand merekodkan satu lagi kes baharu coronavirus COVID-19, menjadikan jumlah mencecah 34 jangkitan di negara ini sejak Januari lalu, kata pegawai Kementerian Kesihatan, hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Suwanchai Wattanayingcharoenchia, berkata kes baharu itu membabitkan seorang wanita Thailand berusia 35 tahun.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata, mangsa yang juga kakitangan perubatan dijangkiti virus terbabit daripada kontak dengan seorang pesakit.

Seramai 14 pesakit COVID-19 sudahpun sembuh dan dibenarkan pulang.

Lebih 1,500 orang meninggal dunia akibat virus berkenaan di China, namun Thailand tiada mencatatkan kematian, setakat ini. - REUTERS

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X