Ahad, 23 Februari 2020 | 7:11pm
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. - Foto asia.nikkei.com
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. - Foto asia.nikkei.com

Perbalahan keluarga pengasas Singapura makin parah

SINGAPURA: Menantu kepada pengasas Singapura didapati bersalah oleh Tribunal Tatatertib atas salah laku profesional mengenai pembabitannya dalam penyediaan wasiat, yang menjadi tumpuan perbalahan dalam keluarga pemimpin utama republik itu.

Perkembangan terbaru itu membawa kepada perpecahan antara Perdana Menteri dan adik beradiknya yang mana bapanya, Lee Kuan Yew, pengasas bersama parti pemerintah negara itu sejak kemerdekaannya.

Persengketaan keluarga itu turut mengaitkan perebutan kediaman lama Perdana Menteri pertama Singapura dan bapa Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

"Saya tidak bersetuju dengan laporan Tribunal Tatatertib dan akan membawanya ke mahkamah terbuka," kata Lee Suet Fern, seorang peguam yang berkahwin dengan adik lelaki Perdana Menteri itu.

Adik Perdana Menteri, Lee Hsien Yang, dan kakaknya, Lee Wei Ling menginginkan rumah itu meskipun ia akan dirobohkan, berikutan ia tertulis dalam wasiat bapa mereka.

Bagaimanapun Perdana Menteri membangkitkan persoalan adakah bapanya benar-benar menginginkan rumah yang terletak berhampiran Orchard Road.

Tahun lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) merujuk kepada Persatuan Undang-Undang berhubung pembabitan Lee Suet Fern dalam wasiat sebagai kemungkinan salah laku profesional berikutan suaminya salah seorang penerima. - REUTERS

Berita Harian X