Isnin, 2 March 2020 | 12:44pm
PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo.
PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo.

Indonesia sah kes pertama COVID-19

JAKARTA : Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini mengesahkan bahawa dua rakyatnya diuji positif dengan coronavirus (COVID-19), menjadikan ia kes kes pertama di negara keempat paling padat di dunia itu.

Menurut beliau, kedua-dua pesakit berkenaan sudah dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan lanjut.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan di istana presiden, dan tidak memberikan sebarang maklumat lanjut, termasuk lokasi pesakit dirawat. - Reuters

Berita Harian X