Ahad, 22 March 2020 | 2:31pm
Singapura tidak akan membenarkan mana-mana pelawat jangka pendek untuk transit atau memasuki negara ini, berkuat kuasa jam 11.59 malam esok, dalam langkah terbaru memerangi COVID-19. - FOTO AFP
Singapura tidak akan membenarkan mana-mana pelawat jangka pendek untuk transit atau memasuki negara ini, berkuat kuasa jam 11.59 malam esok, dalam langkah terbaru memerangi COVID-19. - FOTO AFP

COVID-19: Singapura sekat kemasukan, transit pelawat jangka pendek

SINGAPURA: Singapura tidak akan membenarkan mana-mana pelawat jangka pendek untuk transit atau memasuki negara ini, dalam langkah terbaru bagi memerangi COVID-19 dan memastikan penjagaan kesihatan rakyatnya.

Sekatan itu akan berkuat kuasa jam 11.59 malam esok.

Singapura juga akan hanya membenarkan kepulangan dan kemasukan pemegang pas kerja, termasuk tanggungan mereka, bagi yang terbabit dalam penyediaan perkhidmatan penting seperti penjagaan kesihatan serta pengangkutan.

Negara ini melaporkan kematian pertama akibat COVID-19, semalam, selain mengesahkan 432 kes jangkitan.

Hampir 80 peratus daripada jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh tiga hari lalu adalah kes import. - REUTERS

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X