Selasa, 24 March 2020 | 11:01am
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Indonesia hasilkan ubat anti-malaria chloroquine untuk rawat COVID-19

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkata republik itu berjaya dapatkan bekalan chloroquine, sejenis ubat anti-malaria yang mungkin mujarab untuk rawatan COVID-19.

Katanya, ubat berkenaan kini sedang diuji, tatkala pelbagai negara sedang berusaha menyimpan bekalan ubat-ubatan bagi memerangi penyakit itu.

“Syarikat farmaseutikal milik kerajaan, PT Kimia Farma, mengeluarkan ubat ini, yang dihasilkan daripada pokok cinchona, spesies tumbuhan yang banyak terdapat di Indonesia.

“Tiada ubat atau antivirus untuk COVID-19, tetapi berdasarkan pengalaman negara lain, chloroquine berguna untuk membantu pesakit pulih daripada penyakit,” katanya

Tambah beliau, ubat berkenaan tidak dijual di farmasi kerana memerlukan preskripsi doktor tetapi, katanya, kerajaannya mempunyai bekalan tiga juta pil chloroquine yang boleh diperoleh di hospital.

Chloroquine, yang lazimnya diguna bagi merawat malaria, disyorkan China yang mendakwa ia berkesan bagi merawat COVID-19 was recommended by China manakala Amerika Syarikat (AS) sedang menguji kesesuaian chloroquine.

Ubat berkenaan masih menjalani ujian klinikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bersama ubat selesema favipiravir, juga dikenali sebagai Avigan; gabungan dua ubat HIV, lopinavir dan ritonavir serta ubat Ebola, remdesivir.

Seorang profesor di Jabatan Farmakologi dan Farmasi Klinikal, Padjadjaran University, Keri Lestari, berkata Indonesia mengimport chloroquine fosfat sebagai bahan mentah bagi ubat anti-malaria,

“Bagaimanapun, ubat berkenaan boleh juga dihasilkan menggunakan bahan mentah tempatan iaitu quinine sulfat tetapi lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi menentukan keberkesanannya.

“Kami mempunyai makmal di Padjadjaran University, Airlangga University dan IPB University untuk menjalankan ujian yang perlu,” katanya. - AGENSI

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X