Selasa, 14 April 2020 | 8:47pm
SUASANA lengang di pusat kewangan di Raffles Place, Singapura. - Foto AFP
SUASANA lengang di pusat kewangan di Raffles Place, Singapura. - Foto AFP

COVID-19: 334 kes baharu di Singapura

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura hari ini melaporkan tambahan 334 kes baharu jangkitan COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 3,252.

Menurut Pengarah Perkhidmatan Perubatannya, Prof Madya Kenneth Mak, kes baharu itu menyaksikan tiada kes import, manakala 189 mempunyai kaitan dengan beberapa kluster yang telah dinamakan, 23 dikaitkan dengan kes tempatan lain dan 122 tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster setakat ini.

“Bagaimanapun, 122 kes ini tidak membayangkan penularan sumber yang tidak diketahui. Jumlah ini akan berkurangan secara progesif dan kami akan mengaitkan mereka dengan kluster sedia ada, iaitu yang membabitkan asrama pekerja asing atau sebaliknya,” kata Mak pada taklimat teknikal secara maya Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian COVID-19 dan sidang akhbar di sini.

Mak berkata, 98 orang daripada mereka ialah pemegang pas pelawat jangka panjang dan kebanyakannya tidak mempunyai kaitan dengan asrama pekerja terbabit, manakala 24 orang ialah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap (PR).

“Mereka yang dikaitkan dengan kluster yang telah dinamakan setakat ini hanya dua orang iaitu Warganegara Singapura dan PR. Selebihnya ialah pemegang pas pelawat jangka panjang. Mereka sudah dikaitkan dengan kluster sedia ada dan kebanyakannya tinggal di asrama pekerja,” katanya.

– BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X