Isnin, 29 Jun 2020 | 7:21pm
Sukarelawan kesihatan memeriksa suhu badan penduduk kampung di wilayah Ratchaburi untuk mendapatkan maklumat kesihatan harian dan memantau mereka yang dikuarantin. - Foto AFP
Sukarelawan kesihatan memeriksa suhu badan penduduk kampung di wilayah Ratchaburi untuk mendapatkan maklumat kesihatan harian dan memantau mereka yang dikuarantin. - Foto AFP

Darurat COVID-19 dilanjutkan sebulan lagi di Thailand

BANGKOK: Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha, berkata kemungkinan darurat dilanjutkan untuk sebulan lagi dan kelonggaran sekatan pergerakan membabitkan aktiviti perniagaan fasa kelima dilaksanakan bertujuan membantu golongan miskin dan penganggur, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Beliau berkata, langkah khas dan mengenakan dekri eksekutif ke atas pentadbiran awam semasa darurat membantu mengawal penularan wabak, justeru kerajaan perlu melanjutkannya di bawah ketetapan itu.

Dekri darurat memberi kuasa kepada kepada kerajaan bagi melaksanakan langkah pencegahan yang pantas termasuk menangguhkan serta menyambung semula perniagaan dan aktiviti lain.

Perdana menteri itu berkata kerajaan tidak berniat menyalahgunakan keputusan berkenaan untuk mengehadkan hak rakyat tetapi dilaksanakan ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X