Selasa, 30 Jun 2020 | 2:06pm
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada Nahrawi (tengah), atas kesalahan rasuah. - Foto ANTARA
Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada Nahrawi (tengah), atas kesalahan rasuah. - Foto ANTARA

Bekas menteri sukan Indonesia dihukum penjara 7 tahun

JAKARTA: Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Imam Nahrawi, atas kesalahan rasuah.

Bekas menteri itu didapati bersalah menerima rasuah untuk membolehkan pengeluaran geran bagi Jawatankuasa Sukan Negara (KONI) dan menerima penghargaan daripada pihak lain ketika menjawat jawatan itu.

"Mahkamah dengan ini menyatakan bahawa Imam Nahrawi didapati bersalah tanpa keraguan dalam beberapa kes rasuah," kata Ketua Hakim Rosmina.

Nahrawi dan penolong peribadinya, Miftahul Ulum, menerima rasuah bernilai 11.5 billion rupiah (RM3,425,305) untuk membolehkan pembayaran geran yang dicadangkan KONI, selain rasuah lain berjumlah 8.4 bilion rupiah (RM2,502,052) daripada pihak lain.

Mahkamah turut menangguhkan hak Nahrawi untuk dipilih menyandang jawatan di pejabat awam selama empat tahun dan memerintahkannya membayar 18.15 bilion rupiah (RM5,392,800) sebagai ganti rugi, menurut laporan media.

Keputusan mahkamah difahamkan ada kaitan dengan usaha bahawa ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu kini sedang berjuang untuk memajukan sukan dan pencapaian atlet dalam pertandingan antarabangsa. - AGENSI

Berita Harian X