Khamis, 13 Julai 2017 | 5:53pm

Ribut kencang, hujan lebat landa New Zealand

WELLINGTON: Ribut dengan kelajuan 160 kilometer sejam bersama hujan lebat dan salji melanda pulau selatan serta mengganggu penerbangan dan bekalan elektrik di seluruh New Zealand hari ini.

Pakar kaji cuaca, Tom Adams berkata, angin kencang bergerak ke arah Auckland, bandar terbesar New Zealand.

Bekalan elektrik terputus di lebih 10,000 premis di pulau utara, beberapa lebuh raya ditutup dan khidmat feri dihentikan sementara disebabkan ombak tinggi.

"Ribut dari selatan dijangka berterusan hingga malam ini sebelum reda pagi esok," kata Adams di laman web Pusat Meteorologi New Zealand hari ini.

"Wellington sudah dibadai angin selaju 160km sejam, manakala Cook Strait mencatatkan kelajuan angin 130km sejam serta ombak setinggi 11 meter," katanya.

New Zealand dilanda cuaca buruk sejak beberapa bulan lalu, termasuk taufan pada April yang menyebabkan pihak berkuasa menutup kawasan pantai dan sekolah. - Reuters

90 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »