Rabu, 26 Julai 2017 | 12:28pm
PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan bagi mengesan mereka yang terperangkap.- Foto AFP
PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan bagi mengesan mereka yang terperangkap.- Foto AFP

17 maut bangunan runtuh di Mumbai

MUMBAI: Jumlah mangsa yang terbunuh dalam runtuhan bangunan di pinggir bandar Mumbai meningkat kepada 17 orang, selepas pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengalihkan runtuhan bagi mengesan mereka yang terperangkap.

Jurucakap polis berkata, bangunan berusia 40 tahun yang terletak di Ghatkopar itu menempatkan rumah penjagaan di tingkat bawah, manakala lain-lain tingkat dihuni antara tiga hingga empat keluarga.

"Bangunan itu tidak termasuk dalam senarai bangunan usang.

"Kita akan siasat sama ada bangunan itu runtuh akibat pengubahsuaian pada strukturnya," kata Datuk Bandar Mumbai, Vishwanath Mahadeshwar kepada wartawan.

Sementara itu, hujan lebat tidak menjejaskan operasi mencari dan menyelamat yang diteruskan hari ini.

"Sebuah hospital yang terletak di tingkat bawah tanah bangunan itu sedang menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, yang mungkin menjadi punca berlakunya runtuhan," kata Menteri Perumahan Maharashtra, Prakash Mehta kepada pemberita.

Pada 2013, sekurang-kurangnya 145 orang maut dalam tiga insiden runtuhan bangunan di Mumbai. - REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X