Khamis, 7 September 2017 | 12:25pm
ANGGOTA tentera Amerika Syarikat (AS) selepas menjalani latihan di wilayah Helmand, Afghanistan. - Foto Reuters

AS kerah 3,500 tentera ke Afghanistan

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dilapor akan menghantar kira-kira 3,500 anggota tentera tambahan ke Afghanistan.

Menurut pegawai yang enggan mendedahkan identitinya, tindakan itu bakal meningkatkan sokongan terhadap tentera Afghanistan.

Ia adalah susulan perbincangan tertutup antara Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis dan Pengerusi Bersama Ketua Staf Marin, Jeneral Joseph Dunford dengan anggota Kongres Amerika Syarikat, berhubung strategi serantau Presiden Donald Trump.

Bagaimanapun, Pentagon enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sehingga pengumuman rasmi dibuat oleh Mattis.

Dalam pada itu, penambahan anggota tentera terbabit akan menjadikan keseluruhan anggota tentera Amerika Syarikat di Afghanistan kepada kira-kira 14,500 orang. - Reuters

481 dibaca
Berita Harian X