X
Jumaat, 8 September 2017 | 8:27pm
SERAMAI 270,000 pelarian, majoritinya etnik minoriti Rohingya lari ke Bangladesh dari keganasan di Rakhine dalam 14 hari. - Foto Reuters
SERAMAI 270,000 pelarian, majoritinya etnik minoriti Rohingya lari ke Bangladesh dari keganasan di Rakhine dalam 14 hari. - Foto Reuters

Pelarian Rohingya di Bangladesh kini 270,000 - PBB

COX'S BAZAR: Kira-kira 270,000 pelarian, majoritinya etnik minoriti Rohingya lari ke Bangladesh dari keganasan di Rakhine dalam 14 hari, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Jurucakap Agensi Pelarian PBB (UNHCR), Vivian Tan berkata, anggaran 270,000 pelarian tiba di Bangladesh sejak dua minggu lalu.

"Mereka mendirikan tempat perlindungan di atas jalan raya atau mana-mana tempat kosong yang dijumpai," kata Tan.

PBB berkata, lonjakan jumlah pelarian itu berikutan ada kawasan tidak dikira sebelum ini.

Semalam, angka itu berjumlah 164,000 orang.

Kem pelarian sedia ada berhampiran sempadan Bangladesh dengan Myanmar sudah menampung kira-kira 300,000 pelarian sebelum peningkatan keganasan terbaharu dan kapasitinya kini di luar kawalan. - AFP

Berita Harian X