Sabtu, 9 September 2017 | 6:30pm
HAMPIR 300,000 Muslim Rohingya telah melarikan diri dari negara Rakhine Myanmar ke Bangladesh. - Foto AFP

Kebanjiran Rohingya ke Bangladesh hampir 300,000

COX'S BAZAR: Hampir 300,000 Muslim Rohingya melarikan diri ke Bangladesh dalam tempoh 15 hari sejak keganasan baharu meletus, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Angka itu meningkat kira-kira 20,000 pelarian dalam sehari.

"Kira-kira 290,000 etnik Rohingya tiba di Bangladesh dari Rakhine sejak 25 Ogos lalu," kata jurucakap Agensi Pelarian PBB (UNHCR) Joseph Tripura.

Pihak berkuasa berkata, PBB menemui lebih banyak penduduk Rohingya di perkampungan dan kawasan yang sebelum ini tidak dimasuki oleh agensi bantuan.

Kebanyakan pelarian tiba dengan berjalan atau menaiki bot menyeberangi sempadan Bangladesh dengan Myanmar sepanjang 278 kilometer, satu perempat daripadanya adalah sungai Naf.

PBB berkata, ada peningkatan ketara ketibaan pelarian Rabu lalu, apabila lebih 300 bot tiba di Bangladesh. Pada Khamis, PBB meletakkan angka itu kepada 164,000 orang. -AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X