Khamis, 14 September 2017 | 11:52pm
Peta Bandar Nasiriyah di selatan Iraq lokasi kejadian serangan bersenjata dan bom kereta. - Foto Google Map

50 maut dalam serangan di Iraq

NASIRIYAH: Sekurang-kurangnya 50 orang, termasuk warga Iran, terbunuh dalam serangan bersenjata dan bom kereta berhampiran bandar Nasiriyah di selatan Iraq.

"Angka kematian ketika ini sudah mencecah 50 orang dengan 87 mangsa dilaporkan cedera," kata Timbalan Ketua Kesihatan bagi wilayah utama Syiah di Dhiqar, Nasiriyah, kepada AFP.

Beliau turut memberi amaran bahawa angka kematian mungkin meningkat berikutan jumlah mangsa yang cedera parah adalah tinggi.

Katanya, serangan pertama berlaku berhampiran sebuah restoran dan tidak lama kemudian bom kereta meletup di sebuah pusat pemeriksaan keselamatan di kawasan sama.

Sementara itu, sumber keselamatan berkata, penyerang itu menyamar sebagai anggota Hashed al-Shaabi, iaitu unit separa tentera yang berjuang bersama tentera menentang kumpulan pelampau Daesh di utara Baghdad. - AFP

149 dibaca
Berita Harian X