Khamis, 9 November 2017 | 10:55pm
KIRA-KIRA 200 pelarian etnik Islam Rohingya tiba di Bangladesh. - Foto AFP
KIRA-KIRA 200 pelarian etnik Islam Rohingya tiba di Bangladesh. - Foto AFP

200 lagi pelarian Rohingya tiba

COX'S BAZAR: Kira-kira 200 pelarian etnik Islam Rohingya tiba di Bangladesh menyertai ratusan ribu yang sedia ada, ketika negara serantau berusaha untuk memberi tekanan kepada Aung San Suu Kyi.

Pengawal Sempadan Bangladesh, Ariful Islam, berkata kira-kira 200 kumpulan baharu tiba awal pagi hari ini, di sepanjang pantai di Teknaf.

Abdul Sabir seorang daripada kumpulan yang mendarat di Shamlapur selepas enam jam perjalanan dalam bot, kumpulan terakhir yang melarikan diri beberapa minggu lalu.

"Kami melarikan diri kerana pihak tentera membakar rumah kami," kata Abdus yang meninggalkan rumahnya di wilayah Rathedaung.

Husain Shorif dari Buthidaung berkata, dia terpaksa mendayung rakit yang diperbuat daripada buluh dan botol plastik bersama-sama 56 orang yang selama empat jam.

"Ada antara pemilik bot meminta bayaran terlalu tinggi dan kami tidak mempunyai wang. Jadi, kami membina bot sendiri untuk datang ke sini," katanya.

Menurut Shorif, beribu-ribu etnik Rohingya masih terkandas di Pa Nyang Pin Gyi di tebing Sungai Naf. - Reuters

Berita Harian X