Sabtu, 9 Disember 2017 | 10:07pm
POPE Tawadros II (kiri), membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.- Foto Reuters

Pope Coptic enggan jumpa Pence

KAHERAH: Ketua Gereja Coptic Mesir, Pope Tawadros II, membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence, di ibu kota negara itu lewat bulan ini sebagai membantah keputusan Washington mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Keputusan Presiden Donald Trump tidak mengambil kira perasaan jutaan penduduk Arab, kata gereja dalam kenyataan, menambah ia memutuskan tidak mahu berjumpa Pence dalam lawatannya ke Mesir. - AFP

6203 dibaca
Berita Harian X