Isnin, 18 Disember 2017 | 11:45pm
DUA belas pekerja yang tidur di loteng sebuah gudang terbunuh selepas terperangkap dalam kebakaran pada awal pagi Isnin. - Foto AFP
DUA belas pekerja yang tidur di loteng sebuah gudang terbunuh selepas terperangkap dalam kebakaran pada awal pagi Isnin. - Foto AFP

12 pekerja asing maut dalam kebakaran

MUMBAI: Dua belas pekerja yang tidur di loteng sebuah gudang terbunuh selepas terperangkap dalam kebakaran pada awal pagi Isnin.

Kebanyakan mereka adalah pekerja asing yang menyewa loteng premis itu yang terletak di sebuah kawasan perindustrian di sini.

Ketua Pegawai Bomba Mumbai, Prabhat Rahangdale, berkata pihaknya sudah mengenal pasti 10 daripada 12 mangsa yang rentung.

Kebakaran dilaporkan bermula dari bahagian bawah gudang itu menyebabkan pekerja berkenaan terperangkap.

Kajian industri mendapati lebih 90 peratus daripada tenaga kerja di India yang dianggarkan seramai 400 juta adalah pekerja rencam. Mereka termasuk buruh di tapak pembinaan, pekerja di kedai, restoran dan hotel.

Sebahagian besar mereka bekerja dalam persekitaran yang melanggar undang-undang buruh India.

Disember tahun lalu, enam pekerja yang dikurung majikan di sebuah kedai roti di Pune, kira-kira 150 kilometer dari bandar raya ini, maut dalam kebakaran.

- Reuters

Berita Harian X