Khamis, 11 Januari 2018 | 10:46pm
ORANG ramai melihat manuskrip Albert Einstein di Baitulmaqdis pada 7 Mac 2010. - Foto AFP

Arkib Albert Einstein dipamer di tiga negara Asia

BAITULMAQDIS: Beberapa halaman teori relativiti Albert Einstein bertulis tangan, surat cinta kepada kekasihnya dan sebahagian arkib pakar fizik itu di Baitulmaqdis akan dipamerkan buat kali pertama di Taiwan, China dan Jepun.

Kira-kira 75 artifak akan dipamerkan di Taipei bermula esok sebagai sebahagian pameran 'Albert Einstein: Life in Four Dimensions', kata Universiti Hebrew hari ini.

Ia akan kekal dipamerkan di Dewan Peringatan Kebangsaan Chiang Kai-shek hingga 9 April ini sebelum dibawa ke China dan Jepun.

Universiti di Baitulmaqdis itu menempatkan koleksi Einstein terbesar dunia.

Barangan yang dipamerkan termasuk halaman bertulis tangan teori relativiti, Hadiah Nobel 1921, surat yang ditukr dengan pakar saraf Austria, Sigmund Freud, anggota keluar dan kekasihnya, dan koleksi rekod vinil pakar fizik itu, kata universiti berkenaan.

Jurucakap universiti itu berkata, hampir semua yang dipamerkan adalah asli kecuali paip berusia seabad milik Einstein yang terlalu rapuh untuk dihantar.

"Kami menghantar salinan untuk pameran itu," katanya. - AFP

135 dibaca
Berita Harian X