Sabtu, 13 Januari 2018 | 8:54pm
PASUKAN penyelamat memeriksa kawasan perairan lokasi serpihan helikopter yang ditemui. - Foto Twitter Tentera Laut India
PETA lokasi pencarian. - Foto Twitter Tentera Laut India
ANTARA serpihan helikopter. - Foto Twitter Tentera Laut India

4 maut helikopter terhempas di India

NEW DELHI: Tentera Laut India berkata, empat mayat ditemui hari ini selepas pasukan penyelamat mengesan bangkai sebuah helikopternya yang hilang.

Helikopter itu membawa lima kakitangan cabang syarikat penerokaan minyak kerajaan ONGC dan dua juruterbang.

Ia terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara 15 minit selepas berlepas dari bandar barat negara terbabit kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

"Setakat ini empat mayat ditemui," kata tentera laut India menerusi Twitter sambil menambah usaha mencari dua lagi masih berjalan.

"Lokasi nahas helikopter malang ONGC sudah ditemui," katanya.

Tentera laut turut memuat naik beberapa gambar kru bot penyelamat ketika memeriksa kawasan perairan lokasi serpihan helikopter itu ditemui. - AFP

190 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »