Isnin, 22 Januari 2018 | 10:14am
KERETA api melanggar penghadang di penghujung landasan dekat Richmond. - Foto Reuters
KERETA api melanggar penghadang di penghujung landasan dekat Richmond. - Foto Reuters
MANGSA yang cedera diberikan rawatan. - Foto EPA
MANGSA yang cedera diberikan rawatan. - Foto EPA
MANGSA yang cedera ringan turut diberikan rawatan. - Foto EPA
MANGSA yang cedera ringan turut diberikan rawatan. - Foto EPA
KEADAAN kereta api selepas merempuh penghujung landasan. - Foto Reuters
KEADAAN kereta api selepas merempuh penghujung landasan. - Foto Reuters
PINTU kereta api yang rosak selepas merempuh penghujung landasan. - Foto Reuters
PINTU kereta api yang rosak selepas merempuh penghujung landasan. - Foto Reuters

15 cedera nahas kereta api di Sydney

SYDNEY: Sekurang-kurangnya 15 orang cedera hari ini apabila sebuah kereta api merempuh penghadang di barat laut Sydney, kata jurucakap perkhidmatan ambulans.

Stesen televisyen menyiarkan gambar kereta api melanggar penghadang di penghujung landasan dekat Richmond, kira-kira 65 kilometer di barat laut tengah Sydney.

Mangsa yang cedera dibawa dengan pengusung ke ambulans yang sedang menunggu.

"Mangsa mengalami pelbagai kecederaan. Ada hanya cedera ringan dan masih mampu berjalan dan ada yang memerlukan rawatan hospital," kata jurucakap ambulans negeri New South Wales, Chris Bray.

Katanya, lima mangsa memerlukan rawatan hospital dan 10 yang lain hanya cedera ringan, namun jumlah mangsa cedera mungkin akan meningkat.

Kemalangan berlaku pada kira-kira jam 10 pagi (waktu tempatan) dengan 10 kru ambulans digerakkan ke lokasi kejadian, kata Bray. - Reuters

Berita Harian X