Rabu, 7 March 2018 | 6:41pm
Seorang wanita memakai burqa di pasar tekstil di Jakarta, Indonesia. - Foto REUTERS

Universiti larang pelajar wanita pakai burqa

JAKARTA: Universiti Islam Indonesia berhadapan kritikan kumpulan dan aktivis Islam hari ini selepas melarang pelajar perempuan memakai burqa kerana bimbang berhubung penyebaran ideologi radikal di kampus.

Indonesia adalah negara paling ramai umat Islam di dunia, majoritinya mengamalkan ajaran Islam sederhana.

Namun ia menyaksikan peningkatan konservatif dan dilihat ramai sebagai ancaman kepada reputasinya bagi toleransi agama dan kepelbagaian.

Universiti berkenaan, UIN, yang terletak di Yogyakarta di Jawa, berkata 41 pelajarnya memakai burqa dan akan ditawarkan sesi kaunseling dan diminta menanggalkan pemakaian itu jika mahu lulus.

Barisan Pertahanan Islam (BPI) berkata dalam kenyataan, dasar itu tidak masuk akal dan bertentangan dengan usaha negara itu untuk mengekalkan kepelbagaian.

Aktivis hak asasi wanita menyelar apa yang disifatkan beliau sebagai sekatan kepada kebebasan untuk wanita memakai apa yang dikehendaki.

"Memakai burqa adalah satu pilihan dan kita tidak boleh masuk campur dalam pilihan dan kebebasan mereka," kata Lathiefah Widuri

Retyaningtyas.

Rektor universiti berkenaan, Yudian Wahyudi, berkata unsur radikal, seperti ditunjukkan burqa, menjejaskan pembelajaran.

"Pelajar wanita memakai burqa, dan kumpulan radikal, mereka mengganggu proses pembelajaran," katanya. - Reuters

Berita Harian X