Rabu, 16 Mei 2018 | 7:49am
Penduduk memegang sepanduk bermaksud "Palestin Palestin" ketika mereka berarak di Jalan Istiklal Istanbul semasa protes terhadap pembunuhan yang dilakukan tentera Israel ke atas rakyat Palestin. - Foto AFP

Liga Arab bincang krisis Israel, Palestin

KAHERAH: Menteri Luar Liga Arab bakal mengadakan pertemuan esok untuk membincangkan krisis Israel-Palestin, lapor agensi berita Mesir, MENA.

MENA memetik kenyataan diplomatik Arab sebagai berkata, pertemuan itu adalah untuk membincangkan pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.

Pada masa sama ia adalah langkah untuk berdepan dengan keputusan melanggar undang-undang yang dibuat Amerika Syarikat dengan memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis.

Liga Arab dijangka mengadakan mesyuarat peringkat wakil tetap hari ini.

Sementara itu, pengebumian 60 rakyat Palestin yang menjadi mangsa dalam insiden berdarah di Gaza berlangsung pada Selasa.

Mereka terkorban ketika demonstrasi bantahan terhadap pembukaan kedutaan AS di Baitulmaqdis. - Reuters

520 dibaca
Berita Harian X