Rabu, 16 Mei 2018 | 8:29pm

Ramai cedera serangan bom di utara Baghdad

BAGHDAD: Beberapa orang dilaporkan terbunuh dan ramai cedera selepas seorang penyerang nekad meletupkan bom yang dipakainya di utara Baghdad hari ini, kata perkhidmatan keselamatan Iraq.

Serangan berlaku di wilayah Tarmiya yang terletak kira-kira 25 kilometer dari utara Baghdad.

Tiada kumpulan yang mengaku melancarkan serangan berkenaan.

Iraq mengisytiharkan kemenangan menentang Daesh pada Disember lalu selepas kumpulan militan itu menawan hampir sebahagian negara berkenaan pada 2014.

Bagaimanapun, kumpulan militan itu masih terus melancarkan serangan termasuk serangan bom di Baghdad dan bandar lain di Iraq.

Daesh juga mengaku melancarkan serangan bersenjata berhampiran Tarmiya dua minggu lalu. - Reuters

93 dibaca
Berita Harian X