Ahad, 27 Mei 2018 | 10:35pm

26 militan rejim, 9 pejuang Russia maut diserang Daesh

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 26 militan rejim Syria dan sembilan pejuang Russia terbunuh dalam serangan kumpulan pengganas Daesh di Syria minggu ini, kata badan pemantau.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, pengganas menyasarkan sekumpulan pejuang Syria dan sekutunya, Russia berhampiran kawasan Mayadeen di wilayah Deir Ezzor, Rabu lalu.

"Seramai 35 pasukan bersenjata pro-kerajaan terbunuh termasuk sembilan warga Russia. Sebahagian daripada warga Russia itu adalah tentera kerajaan," kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman sambil menambah baki 26 yang lain adalah warga Syria.

Tentera Russia membantu tentera Syria dengan serangan udara dan anggota tentera, namun terdapat beberapa laporan mengenai wujudnya aktiviti tentera upahan persendirian Russia di medan tempur. - AFP

Berita Harian X