Jumaat, 1 Jun 2018 | 3:49pm
INDONESIA meningkatkan tahap amaran penerbangan di sekeliling Gunung Merapi di Magelang, Jawa Tengah. REUTERS

Indonesia keluar amaran penerbangan letusan Gunung Merapi

JAKARTA: Indonesia meningkatkan tahap amaran penerbangan di sekeliling Gunung Merapi di Magelang, Jawa Tengah ke tahap tertinggi, lapor laman berita Channel NewsAsia (CNA) hari ini.

Amaran itu dikeluarkan selepas gunung berapi terbabit memuntahkan asap kelabu setinggi enam kilometer ke udara dalam letupan terbesarnya, tahun ini.

Agensi makluman gunung berani untuk penerbangan, Volcano Observatory Notice for Aviation (VONA) mengeluarkan amaran tahap merah, bermaksud aktiviti gunung berapi itu akan berlaku dengan pelepasan debu ke udara.

Bagaimanapun, Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) berkata, letusan terbaharu itu berterusan selama dua minit sahaja dan Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sucipto di Yogyakartan masih dibuka.

Gunung Merapi terletak kira-kira 28 kilometer dari bandar Yogyakarta. - Agensi/ CNA

Berita Harian X