Ahad, 3 Jun 2018 | 8:43pm

11 mayat pendatang ditemui

TUNIS: Mayat 11 pendatang ditemui dan 67 lagi diselamatkan selepas bot mereka karam di luar pantai selatan Tunisia, kata kenyataan Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Mereka yang diselamatkan daripada kapal nelayan di pantai wilayah Sfax itu termasuk rakyat Tunisia dan warga asing.

Pengawal kebangsaan Tunisia dan unit tentera laut menemui kapal itu kira-kira 30 kilometer di pesisir pantai selepas menerima panggilan kecemasan sekitar tengah malam semalam.

Kementerian berkata, operasi mencari, dengan bantuan pesawat dan penyelam tentera, diteruskan.

Rakyat Tunisia dan pendatang kerap cuba menyeberangi Mediterranean untuk mencari kehidupan lebih baik di Eropah, tetapi keadaan itu memuncak September lalu.

Menurut NGO, pertambahan itu menunjukkan kekecewaan dalam kalangan penduduk muda yang teruk terjejas akibat pengangguran.

Oktober lalu, pertembungan antara bot pendatang dan kapal tentera Tunisia menyebabkan 44 terbunuh, dalam apa yang disifatkan Perdana Menteri, Youssef Chahed sebagai 'bencana negara'. - AFP

Berita Harian X