Jumaat, 6 Julai 2018 | 7:56pm
BEKAS Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara. - Foto EPA

Bekas PM Pakistan dipenjara 10 tahun

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara tanpa hadir oleh mahkamah rasuah hari ini, kata peguam.

Ia memberi tamparan hebat kepada kempen bermasalah partinya menjelang pilihan raya 25 Julai ini.

"Sharif dijatuhi hukuman 10 tahun penjar dan denda AS$10 juta (RM40 juta) berhubung pembelian hartanah mewah di London," kata peguamnya, Mohammad Aurangzeb.

Pendakwa raya, Sardar Muzaffar Abbas, juga memberitahu mahkamah mengarahkan hartanah itu dirampas. - AFP

Berita Harian X