Isnin, 16 Julai 2018 | 4:48pm
 SEKUMPULAN penduduk di sebuah kampung di wilayah Papua Barat membunuh hampir 300 ekor buaya di sebuah ladang ternakan sebagai balas dendam. - Foto REUTERS
SEKUMPULAN penduduk di sebuah kampung di wilayah Papua Barat membunuh hampir 300 ekor buaya di sebuah ladang ternakan sebagai balas dendam. - Foto REUTERS

Gara-gara marah, penduduk bunuh 292 ekor buaya

JAKARTA: Sekumpulan penduduk di sebuah kampung di wilayah Papua Barat membunuh hampir 300 ekor buaya di sebuah ladang ternakan sebagai balas dendam selepas seorang lelaki maut akibat terjatuh ke dalam kandang haiwan berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, beratus-ratus penduduk kampung Aimas di sini yang bersenjatakan pisau, parang dan cangkul masuk tanpa kebenaran ladang ternakan buaya itu pada Sabtu lalu selepas lelaki terbabit dikebumikan.

Mangsa, Sugito, 48, dilaporkan terjatuh ke dalam kandang buaya selepas masuk ke ladang itu bagi mengambil rumput untuk haiwan ternakannya.

Polis dan pegawai pemuliharaan haiwan berkata, Sugito maut selepas digigit pada bahagian kakinya, sebelum dilibas buaya dalam kandang berkenaan.

Ladang itu mendapat kebenaran untuk membiak buaya daripada spesies dilindungi untuk tujuan pemuliharaan dan komersial.

"Ahli keluarga Sugito dan penduduk tempatan yang marah kerana kedudukan ladang berhampiran dengan kawasan kediaman, berarak ke balai polis," kata pihak berkuasa. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X