Selasa, 17 Julai 2018 | 11:33pm
utusan khas PBB ke Myanmar, Christine Schraner Burgener berjabat tangan dengan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU), Jeneral Mutu Katakan Poe (kanan), semasa sesi ketiga Persidangan Keamanan Kesatuan di Naypyidaw, Myanmar. - Foto AFP

Rohingya mahu pulang sebagai rakyat Myanmar - PBB

NEW YORK: Pelarian Rohingya Myanmar memaklumkan kepada seorang wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem Bangladesh, minggu ini bahawa mereka hanya akan pulang ke tanah air jika selamat dan jika mereka diberikan kerakyatan, menurut kenyataan PBB hari ini.

Wakil PBB untuk Myanmar, Christine Schraner Burgener bertemu dengan etnik Muslim Rohingya di Cox's Bazar, ketika kunjungan tiga hari ke Bangladesh dari 14 hingga 16 Julai lalu, beberapa minggu selepas mengadakan rundingan dengan pemimpin Myanmar berhubung krisis pelarian itu.

"Wakil ini mendengar kisah kekejaman tidak terbayang di negeri Rakhine. Walaupun dengan pelanggaran hak asasi manusia serius ini, mereka tetap menyuarakan harapan untuk pulang jika diberikan keselamatan dan kerakyatan," menurut kenyataan PBB.

Lebih 700,000 etnik Rohingya melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar yang dilakukan hampir setahun lalu, susulan serangan pemberontak etnik itu di pusat kawalan sempadan. - AFP

Berita Harian X