Isnin, 6 Ogos 2018 | 12:14am
SEPASANG suami isteri, Dudi (kiri) dan Geula Rabi membawa anak mereka berjalan di sepanjang pagar pemisahan Israel atau tembok di Kibbutz Kerem Shalom, di bahagian paling selatan Israel yang bersempadan dengan Jalur Gaza dan Mesir. - Foto EPA
SEPASANG suami isteri, Dudi (kiri) dan Geula Rabi membawa anak mereka berjalan di sepanjang pagar pemisahan Israel atau tembok di Kibbutz Kerem Shalom, di bahagian paling selatan Israel yang bersempadan dengan Jalur Gaza dan Mesir. - Foto EPA

Israel pertimbang longgar kepungan di Gaza

BAITULMAQDIS: Israel menetapkan had matlamat bagi rundingan gencatan senjata Gaza semalam, berkata fokus adalah cadangan mengurangkan kepungan ke atas wilayah berkenaan.

Ia adalah sebagai balasan kepada penduduk Palestin tidak melancarkan provokasi di sempadan.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam sebelum Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengumpulkan Kabinet keselamatannya untuk berbincang dan kemungkinan meluluskan idea anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mesir bagi menghalang satu lagi ancaman perang.

PBB dan Mesir tidak menyatakan secara terbuka mengenai butiran cadangan itu.

Mereka bercakap secara umum keperluan memperbaiki krisis kemanusiaan di Gaza, mengekang permusuhan di seberang sempadan dan memastikan Hamas, yang enggan berdamai dengan Israel secara rasmi, berbaik dengan parti Fatah yang disokong Barat.

Gaza, yang sudah bertahun-tahun dikenakan sekatan Israel dan Mesir bertujuan meminggirkan Hamas, melihat peningkatan dalam tekanan sejak Palestin melancarkan bantahan sempadan mingguan pada 30 Mac, mendorong tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 157 penduduk Israel.

Kes berbalas serangan juga berlaku antara pejuang Hamas dan tentera Israel yang menyebabkan 10 pejuang dan empat penduduk awam terbunuh, serangan penembak tepat Haza meragut nyawa seorang tentera Israel dan kebakaran hutan besar-besaran di Israel disebabkan layang-layang dan belon api dari Gaza. – Reuters

Berita Harian X