Selasa, 14 Ogos 2018 | 2:50pm
TUGU gergasi kanak-kanak memakai sut radiasi yang dinamakan ‘Sun Child’ di bandar raya Fukushima. - Foto AFP
TUGU gergasi kanak-kanak memakai sut radiasi yang dinamakan ‘Sun Child’ di bandar raya Fukushima. - Foto AFP

Tugu harapan Fukushima cetus kritikan

TOKYO: Tugu gergasi kanak-kanak memakai sut radiasi di bandar raya Fukushima mencetuskan kritikan atas talian ketika bandar yang terjejas akibat kebocoran nuklear itu berusaha membina semula reputasinya.

Dinamakan ‘Sun Child’, tugu setinggi 6.2 meter itu ditonjolkan memakai sut perlindungan kuning dengan paparan digital pada dada menunjukkan ‘000’, sebagai simbol tiada pencemaran nuklear, didirikan bulan ini berhampiran stesen kereta api bandar raya itu.

Ia memegang topi keledar dengan sebelah tangan, menunjukkan udara selamat disedut, dan tangan sebelah lagi menunjukkan simbol matahari, mewakili harapan dan tenaga baru.

Pengukirnya, artis Jepun Kenji Yanobe, menegaskan tugu itu sebagai simbol harapan tetapi pengkritik berkata ia tidak peka kepada nasib Fukushima ketika ia berterusan bergelut dengan pencemaran radioaktif susulan kebocoran pada 2011.

“Saya melihat ‘Sun Child’ yang dihasilkan Yanobe. Ia amat menakutkan.

“Saya rasa ia mempermainkan kita dan semua usaha dilakukan Fukushima untuk memadamkan kerosakan reputasi,” kata seorang pengguna Twitter. — AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X