Sabtu, 15 September 2018 | 2:17pm

Lima terbunuh, helikopter terhempas di Afghanistan

KABUL: Lima terbunuh selepas sebuah helikopter yang membawa pasukan keselamatan terhempas di barat Afghanistan, kata pihak berkuasa hari ini.

“Helikopter itu terhempas akibat mengalami masalah teknikal, dan bukan serangan Taliban,” kata jurucakap kerajaan bagi gabenor wilayah Farah, Naser Mehri.

Gelombang serangan militan Taliban sejak beberapa minggu lalu memaksa Afghanistan dan tentera asing untuk menambah kekerapan penggunaan pengangkutan udara bagi memindahkan anggota tentera dan bekalan.

Tetapi kurangnya latihan dan perancangan yang baik mengakibatkan nahas semakin kerap berlaku.

Punca sebenar nahas sedang disiasat, kata kementerian pertahanan di Kabul. - Reuters

Berita Harian X