Rabu, 19 September 2018 | 8:53pm

Timbalan pemimpin Daesh dihukum mati

BAGHDAD: Sebuah mahkamah di Iraq menjatuhkan hukuman mati terhadap timbalan pemimpin kumpulan pengganas Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi atas tuduhan keganasan.

“Mahkamah jenayah Karkh di Baghdad menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap salah seorang pemimpin paling kanan Daesh yang bertindak sebagai timbalan Baghdadi,” kata jurucakap kehakiman, Abdel Sattar Bayraqdar.

Ismail Alwan Salman al-Ithawi diekstradisi dari Turki, awal tahun ini, selepas melarikan diri dari Syria, ketika kerajaan khalifah mereka tumbang. - AFP

Berita Harian X