Rabu, 26 September 2018 | 11:56pm
Bangkai harimau Sumatera yang terancam ditemui mati selepas terperangkap dalam perangkap babi dekat Pekanbaru di pulau Sumatera. - Foto AFP
Bangkai harimau Sumatera yang terancam ditemui mati selepas terperangkap dalam perangkap babi dekat Pekanbaru di pulau Sumatera. - Foto AFP

Harimau Sumatera ditemui mati di Indonesia

PEKANBARU: Seekor harimau Sumatera, antara spesies terancam ditemui mati selepas terperangkap dalam perangkap seorang pemburu di wilayah Riau, kata pegawai hari ini.

Penduduk tempatan memberitahu agensi pemuliharaan haiwan berkata, harimau betina itu dilihat semalam dalam perangkap babi yang ditahan seorang pemburu di perkampungan Muara Lembu, dekat sini.

Walau bagaimanapun, pegawai yang bergegas ke lokasi kejadian gagal menemui haiwan itu.

Pada keesokan harinya, pegawai yang membuat pencarian di lokasi sama berjaya menemui harimau terbabit yang mati berhampiran gaung dengan tali perangkap melilit pada bahagian perutnya.

Mereka mempercayai bahawa harimau terbabit mati disebabkan bahawa tali perangkap yang dipasang pemburu.

Sementara itu, ketua agensi pemuliharaan haiwan tempatan, Suharyono berkata, pihaknya sangat kecewa di atas kematian harimau betina dewasa itu kerana ia dijangka melahirkan anak tidak lama lagi.

Harimau Sumatera dianggap spesies sangat terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa.

Terdapat kurang daripada 400 ekor haiwan itu yang masih terdapat dalam habitat liar. AFP.

Berita Harian X