Isnin, 15 Oktober 2018 | 6:27pm
KONSULAT Arab Saudi di Istanbul. - Foto AFP

Turki, Arab Saudi bekerjasama siasat kehilangan wartawan

ANKARA: Arab Saudi menyertai pasukan Turki menggeledah konsulat Arab Saudi di Istanbul tengah hari ini sebagai sebahagian siasatan mengenai kehilangan wartawan Jamal Khashoggi, kata sumber diplomatik Turki.

Khashoggi, pengkritik lantang dasar Riyadh, hilang pada 2 Oktober lalu selepas memasuki misi diplomatik Arab Saudi di Istanbul.

Turki percaya beliau dibunuh dan mayatnya dibuang, manakala Arab Saudi menafikan dakwaan itu.

“Pemeriksaan dijangka dijalankan tengah hari ini,” kata sumber.

Turki menerima cadangan Arab Saudi minggu lalu untuk membentuk kumpulan kerjasama menyiasat kehilangan Khashoggi yang mencetuskan ancaman sekatan ekonomi dari sekutu Riyadh di Barat.

Anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi, Putera Khaled al-Faisal, yang juga penasihat Raja Salman, bertemu Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk membincangkan kehilangan Khashoggi, kata dua sumber.

Erdogan dan Raja Salman bercakap menerusi telefon petang semalam dan menegaskan kepentingan kedua-dua negara membentuk pasukan kerjasama sebagai sebahagian siasatan. — Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X