Selasa, 23 Oktober 2018 | 12:47pm
MENTERI Luar Australia, Marise Payne. - Foto AFP
MENTERI Luar Australia, Marise Payne. - Foto AFP

Australia sekat lima jeneral Myanmar

SYDNEY: Kerajaan Australia hari ini mendedahkan sekatan yang dikenakan ke atas lima pegawai kanan tentera Myanmar yang dituduh menyelia keganasan tidak berperi kemanusiaan terhadap kumpulan etnik Rohingya.

Susulan tindakan sama oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), Australia mengumumkan akan membekukan aset pegawai-pegawai terbabit termasuk seorang Leftenan Jeneral yang mengendalikan sebuah pasukan operasi khas dipercayai dalang di sebalik kekejaman itu.

Menteri Luar Australia, Marise Payne berkata, Aung Kyaw Zaw, Maung Maung Soe, Aung Aung, Than Oo dan Khin Maung Soe bertanggungjawab terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh unit di bawah arahan mereka.

Sebahagiannya daripada lima pegawai terbabit yang dipercayai sudah meletak jawatan, akan turut diharamkan masuk ke Australia.

Kira-kira 700,000 Rohingya melarikan diri dari kediaman mereka di negeri Rakhine, di barat daya Myanmar, sejak 2016. - AFP

Berita Harian X