Sabtu, 27 Oktober 2018 | 6:48pm
KELIHATAN asap yang berkepul ke udara selepas serangan tentera udara Israel di utara Semenanjung Gaza. - Foto Reuters
KELIHATAN asap yang berkepul ke udara selepas serangan tentera udara Israel di utara Semenanjung Gaza. - Foto Reuters

Pejuang Palestin setuju gencatan senjata

GAZA/BAITULMAQDIS: Kumpulan pejuang jihad Palestin hari ini berkata pihaknya bersetuju menghentikan serangan ke atas Israel dari Semenanjung Gaza yang dilakukannya secara besar-besaran sejak Ogos lalu.

Pejuang jihad Palestin, sebuah kumpulan bersenjata yang beroperasi di Gaza menyatakan bahawa mereka melancarkan roket ke arah Israel sebagai serangan balas terhadap empat penduduk Palestin yang terkorban ketika melakukan bantahan berhampiran sempadan, semalam.

Sebagai tindak balas lanjut, tentera Israel melancarkan puluhan roket ke arah sasaran di wilayah diperintah Hamas di Semenanjung Gaza, hari ini.

Jurucakap kepada pejuang, berkata satu gencatan senjata yang diselesaikan dengan rundingan Mesir sudah tercapai.

“Selepas berbincang dengan pemimpin pejuang Islam dan kumpulan-kumpulan lain di Mesir, satu persetujuan secara menyeluruh dicapai mengenai gencatan senjata yang bermula serta merta.

“Pejuang jihad akan mematuhi gencatan senjata jika Israel melakukan tindakan sama,” kata jurucakapnya, Daoud Shehab..

Awalnya, jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Jonathan Conricus mendakwa Syria dan Iran terbabit dalam serangan roket ke atas tentera rejim. - Reuters

Berita Harian X