Selasa, 27 November 2018 | 9:16pm
RATUSAN penduduk Tunisia mengadakan tunjuk perasaan membantah lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS) ke negara itu. - Foto EPA

Ratusan penunjuk perasaan bantah lawatan MbS di Tunisia

TUNISIA: Ratusan penduduk Tunisia hari ini mengadakan tunjuk perasaan membantah lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman (MbS) ke negara itu, sambil menuduh beliau sebagai pembunuh wartawan, Jamal Khashoggi.

Difahamkan MbS berlepas dari Kaherah dan dijangka tiba di Tunisia malam ini dalam kunjungan beliau ke negara-negara Arab seperti Bahrain dan Kesatuan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Pembunuhan Khashoggi, kolumnis Washington Post dan pengkritik Putera Mahkota, di konsulat Riyadh di Istanbul enam minggu lalu menyebabkan hubungan Arab Saudi dan negara-negara Barat tegang sekali gus mencalarkan imej MbS di mata dunia.

Arab Saudi menegaskan MbS langsung tidak mengetahui mengenai pembunuhan kejam itu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan bergerak melalui pusat Habib Bourguiba di Tunisia, yang pernah menjadi lokasi bantahan semasa Presiden Tunisia, Presiden Zine El-Abidine Ben Ali digulingkan pada 2011.

Penunjuk perasan antara lain melaungkan ‘pembunuh tidak dialu-alukan di Tunisia’ dan ‘Pemimpin Tunisia memalukan’ kerana menerima MbS. - Reuters.

Berita Harian X