Jumaat, 11 Januari 2019 | 7:59pm
PESERTA kongres perubatan di India menghasilkan barisan tuala wanita terpanjang untuk mencipta Guinness World Record baru, dalam langkah bertujuan mempromosikan kebersihan ketika haid. - Foto EPA
PESERTA kongres perubatan di India menghasilkan barisan tuala wanita terpanjang untuk mencipta Guinness World Record baru, dalam langkah bertujuan mempromosikan kebersihan ketika haid. - Foto EPA

Cipta rekod tuala wanita terpanjang promosi kebersihan

NEW DELHI: Peserta kongres perubatan di India menghasilkan barisan tuala wanita terpanjang untuk mencipta Guinness World Record baru, dalam langkah bertujuan mempromosikan kebersihan ketika haid.

Lima ratus peserta Kongres Obstetrik dan Ginekologi Seluruh India (AICOG) ke-62 mengambil masa tujuh setengah jam untuk meletakkan 10,105 tuala wanita dalam barisan sepanjang 1,078 meter.

Paparan di bandar raya Bangalore di Ciselatan India, yang disahkan pegawai Guiness World Record, juga memasukkan bentuk rahim di bawah slogan ‘Tiada lebih comel berbanding rahim anda’.

“Tuala wanita diperlukan setiap wanita untuk kebersihan mereka.

“Kebersihan juga penting kerana jika tidak, ia akan menyebabkan jangkitan pelvik, jangkitan saluran kencing dan semua masalah ada di situ,” kata pakar ginekologi, Geeta Pramod Shanbhag.

Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan (NFHS) yang diterbitkan pada 2017, cuma 58 peratus wanita India berusia 15 hingga 24 tahun menggunakan kaedah perlindungan haid itu, lapor akhbar Hindu.

Julai lalu, India menarik balik cukai kontroversi ke atas tuala wanita susulan kempen diketuai aktivis dan bintang Bollywood untuk meningkatkan pendidikan dan memperkasakan wanita.

Satu kajian oleh WaterAid dan UNICEF mendapati lebih satu pertiga gadis di Asia Selatan tidak hadir sekolah ketika haid. — AFP

Berita Harian X