Sabtu, 19 Januari 2019 | 9:55pm
LOKASI empat kanak-kanak antara enam orang awam yang terkorban dalam serangan udara diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas kumpulan Daesh di timur Syria, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), hari ini.

Kanak-kanak maut serangan udara di Syria

BEIRUT: Empat kanak-kanak antara enam orang awam yang terkorban dalam serangan udara diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas kumpulan Daesh di timur Syria, kata Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), hari ini.

Katanya, serangan berlaku semalam ke atas perkampungan Baghouz di Lembah Euphrates yang turut membunuh enam militan Daesh.

Namun, setakat ini tiada sebarang komen dari tentera gabungan diketuai AS.

Perkampungan Baghouz yang berkeluasan 15 kilometer persegi ialah sebahagian daripada wilayah yang masih diduduki militan Daesh di Syria.

SOHR berkata tentera gabungan bertindak meningkatkan serangan terhadap Daesh sejak mereka membunuh 19 orang termasuk empat daripadanya rakyat AS dalam serangan nekad ke atas sebuah restoran di utara bandar Manbij, Rabu lalu.

“Serangan masih berterusan dan meningkat sejak serangan ke atas restoran di Manbij,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP. - AFP

Berita Harian X